CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Dec 31, 2010

Damping Malam


Hallo blogerzz~ hari ni saya nk crita skit preview sal filem Damping Malam nie. Saya dah tengok filem nie time hari launch lagi (30 Dec 2010) dengan My Nabila..kat mane? Pavilion jer seat A05,06 (faham2 lah) Filem ni not bad lar walaupon agak membosankan skit.. Jalan crita nyer wat para penonton dah boleh agak apa yg bakal terjadi. Contoh nyer dah leh tahu sape baik sape jahat...

Cerite nie mengisahkan kepercayaan khurafat sesetengah masyarakat masa kini yang percaya akan pengaruh syaitan untuk mengekalkan kebahagian rumah tangga. Si isteri mengambil pedamping dari 'calabe' (bomoh) bagi memastikan suaminya xdikebas~~
(p/s: Nabila xyah wat taw...I love You Foreever....hehehe)

Apabila syarat tak dipenuhi, syaitan akan menuntut janjinya dengan mengambil nywa ahli keluarga terdekat dan dalam cerita ini si anak yg tidak berdosa menjadi mangsa...

Anyway, cerita ni xlah seram sangat....

~By Amirul~

Dec 30, 2010

aKhirnYa

akhirnya hari yang ditunggu tuggu telah pon tiba..dari 29 disember 2010 sampai sekarang hatiku berbunga bunga jumpa dengan sidia..hehhehe..ye la lama sangat tak tengok dia,sekarang tengok puas2 eh..hahah.. mood aku sekarang memang happy sangat2.. semalam hang out ngan dia dan hari nih pon nak kuar ngan dia lagi..hehhe..kena jumpa gak walaup0n sekejap.. kami harap cinta kami kekal hingga akhir hayat..

kata pujangga tentang cinta <3

1) Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencian pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika

2. Cinta sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan

3. Hati dan jantung manusia itu habis dan kering kasih sayangnya, dia akan merupakan kaca yang pecah yang tidak mungkin akan bertaut kembali

4. Tiada kisah yang teramat manis dari kisah cinta, tiada kisah yang amat ngeri dari putus cinta

5. Cinta dan kasih sayang bukanlah sesuatu yang kekal abadi pada seseorang. Ia bukan sahaja boleh tumbuh subur, tetapi juga boleh layu sebelum berkembang

6. Cinta adalah kehidupan bagi seorang wanita, tetapi merupakan sebahagian babak kehidupan seorang lelaki

7. Jangan mencintai orang yang tidak mencintaimu kerana itu adalah sia-sia belaka, tetapi janganlah pula menyia-nyiakan orang yang mencintaimu kerana itu berbahaya

8. Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat

9. Cinta laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci cuma tanah yang berlainan menerimanya

10. Cinta seperti ombak dan manusia seperti pantai. Kemana juga larinya pantai, akan tetap juga disentuh ombak. Indah atau tidaknya pantai itu bergantung kepada keras atau lembutnya ombak yang melanda

11. Lemparkan sesorang yang bahagia dalam cinta ke dalam laut, nescaya dia akan timbul dan membawa seekor ikan. Letakkan pula seseorang yang derita dalam cinta ke dalam gudang roti, nescaya dia akan mati kelaparan

~by nabila~

Dec 26, 2010

b0la datang lagi..


hari nih orang ramai tak sabar2 menyaksikan siaran langsung bola kat tv1..ramai sangat penyokong malaysia yang datang membanjiri stadium bukit jalil termasuklah sidia Amirul Fitri..hehhe..family aku pon semua terpacak kat depan tv excited nak tengok siaran langsung tuh..waaaaa...boleh mengeratkan silaturahim laaa..ihihihi...pemain Malaysia hebat sangat..alhamdulillah Malaysia menjaringkan gol 3-0 dengan Indonesia..tapi nanti akan disambung plak di Indonesia untuk pemainan yang kedua..harap2 pemain Malaysia menang lagi yep.. Malaysia Boleh :D

Dec 19, 2010

Kerja.Kerja.Kerja

Alhamdulillah, dah habis dah sebulan kerja!! Sejak aku kerja kat Jusco ni, baru la aku tau camner susahnye nak dapat duit...penat sangat..berdiri jer..jumpe customer yg menyakitkan hati..kne marah ngan supervisor and yang paling xtahan SHORT!!!! grrr..sakit ati aku kne tolak gaji.. Sepanjang aku kerje nie, aku dapat la jugak mendisplinkan diri aku macam bangun pagi, jimat dwet, makan ikut time, tdo awal.Tapi kan kerje camni bosan lah..nak tahu kenapa? yelah..kaw masuk kerje pg..kau kuar2 dah malam...hujan ke, petir ke, ribut ke ape pon kaw xtahu...prinsip "HIDUP UNTUK JUSCO!!!!" oklah..sebelum habiskan warkah nie, aku nak share satu video...video ni sal lagend Jusco Maluri..sape2 sebut perkataan 'curi' depan die, tunggulah tongkat sakti die melayang kat muka!! haha..cuba lah try, lagend nie slalu je ade kat Jusco Maluri tu... ~By Amirul~

Dec 16, 2010

I Always Remeber You !


Hari nih aku bosan sangat..da lama sangat cuti sampai tak tahu nak wat pe da..terasa nak kemas bilik lak ari nih..tiba2 aku terjumpa diari lama aku..masih elok taw..hehhehe..time aku sekolah menengah aku suka tulis apa yang aku rasa kat lam diari aku nih..banyak cerita aku tulis..suka duka aku semua ada kat dalam my diary..huhuh..bila aku dah sambung belajar di kolej aku terpaksa tinggalkan diari aku sebab aku takot nanti ada orang lain baca..hihiihih..tak semua cerita kita boleh kongsi dengan orang, sometimes kita perlu menulis dan kongsi kat dalam diari..semua masalah dan kegembiraan aku cerita dan bila baca balik rasa kelakar plak..hahhaha...bila da msuk belajar kat kolej aku da tak de masa nak luangkan masa ngan diari lagi..thanks my diary because you willing hear my sadness and happinessn and i always remember you in my life.. ~By Nabila~

Dec 12, 2010

29 Disember 2010


X sabar rasanya menunggu kehadiran 29 Disember 2010..nak tahu kenapa ?? hahha..sebab itulah saatnya untuk aku berjumpa dengan sidia.. masa bercuti da nak habis dan x lama lagi kelas da start seperti biasa dan masa untuk dating pon da bermula la jawabnye..hhehehe.. harap2 semua berjalan dengan lancar.. harap2 jugak jadual kelas kitaorang pon dekat2 sama sebab nanti boleh rehat sama2, balik sama2, lepak sama2 macam semester lepas.. :D

Dec 1, 2010


Menghitung hari untuk berjumpa dengan sidia..hehheehe..nak tahu perbezaan kitaorang tak..kami banyak jugak perbezaannya contohnya saya tak romantik tapiii amirul romantik sangat..hhehe..ada lagi taw amirul tak suka tengok citer kartun tapi saya suka sangat2 lebih2 lagi cerita animasi dongeng..akhirnya saya berjaya pujuk dia tengok jugak citer kartun..hahhaha....kejam kan..saya nih kejam tapi amirul baik..heheh..perbezaan yang ketiga, saya cepat panik kalau ada pape masalah tapi amirul boleh relaks aje..yang dia fikir masalah nih senang je..tak pe kejap lagi oke la tuh..boleh plak dia cam tuh org da gelabah dia relaks2 je..tapi dia selalu buat saya tenang..hehhehe..perbezaan membuat kan cinta saling melengkapi antara kita..so, kenali la pasangan kamu dan cari perbezaan dan persamaan pasangan kamu oke..sebab itu lah yang akan menjadi kenangan paling indah untuk kita..